MASJID AL - RAHIM Titi Tok Bandar
Merentas Masa
Tuesday, July 19, 2011
Thursday, February 3, 2011
HALAMAN UTAMA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS ARAU, PERLIS.
TAJUK:
MASJID AL-RAHIM
DISEDIAKAN OLEH:
KHAIRI HANIF BIN TABRI
2010448338
ASD2Fn
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 151
PROGRAM:
DIPLOMA IN SAINS
AS 120
TARIKH HANTAR:
21.02.2011
KANDUNGAN BLOG
1. Pendahuluan
2. Sejarah Masjid Al-Rahim
3. Fungsi dan Peranan Masjid Al-Rahim
4. Sejarah Masjid Ketika Zaman Rasulullah
5. Fungsi Masjid Ketika Zaman Rasullulah Serta Kaitannya Dengan
Masjid Al-Rahim.
6. Kemudahan Dan Seni Bina Masjid Al-Rahim
7. Aktiviti Di Masjid Al-Rahim
8. Masalah Dan Jalan Penyelesaiannya
9. Penghargaan
10 Penutup
11 Rujukan
ABSTRAK
Masjid merupakan rumah Allah dan tempat untuk umat Islam beribadat. Segala kegiatan beribadat boleh dilakukan di masjid. Oleh itu, masjid merupakan tempat yang begitu mulia di sisi Allah.
Di antara dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ
“ Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat maka solatlah….”
Sumber: Majalah Al-Furqon, edisi 5, tahun ke-4 1425 H.
PENDAHULUAN:
Assalamualaikum , alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan yang mentadbir sekalian alam serta limpah rahmatnya kepada penghulu sekalian manusia, Nabi Muhammad S.A.W. serta kerabat keluarga baginda, para sahabat, para pemerintah dan sekalian hambanya di muka bumi.
Tujuan penulisan ini dihasilkan adalah untuk memperkenalkan masjid Al- Rahim kepada rakyat Malaysia serta rakyat Perlis khususnya supaya lebih ramai mengetahui mengenai kewujudan masjid yang serba indah dan mulia ini.
Selain itu, saya Khairi Hanif B. Tabri selaku penulis blog ini ingin mengucapkan setinggi penghargaan kerana sudi meluangkan masa untuk melawat blog ini.
Bidang dan skop penulisan yang menjadi pilihan saya mengenai Masjid Al-Rahim ini meliputi beberapa aspek penting. Antaranya ialah, aspek sejarah, seni bina, aktiviti pengimarahan masjid, masalah yang dihadapi pihak pengurusan masjid dan kaedah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.
Harapan saya kepada semua pembaca blog ini, adalah untuk mengetahui serba sedikit mengenai sejarah, seni bina, peranan masjid, serta aktivi yang diadakan untuk mengimarahkan masjid.
SEJARAH DAN GARIS MASA MASJID AL-RAHIM
Masjid Al-Rahim mula dibina pada tahun 2007. Masjid ini telah siap pembinaannya pada tahun 2009. Masjid ini dibina bertujuan untuk menggantikan masjid lama Titi Tok Bandar yang telah uzur dan usang. Masjid lama terletak di belakang masjid baru, dan jarak diantara kedua-dua masjid adalah kurang dari 50 meter. Masjid lama kini telah dirobohkan. Tapak masjid lama telah dijadikan sebagai tempat meletak kenderaan bagi meningkatkan lagi kemudahan prasarana masjid baru.
Masjid Al-Rahim telah digunakan oleh penduduk setempat pada tahun 2009. Masjid ini telah dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai pada 8 Januari 2010. Maslis perasmian ini turut dihadiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta para pembesar negeri. Orang ramai dan penduduk di sekitarnya juga, tidak terkecuali menghadiri majlis perasmian yang penuh bersejarah ini. Masjid ini bernilai RM 2.3 juta. Masjid ini mempunyai tingkat bawah khusus untuk kaum lelaki dan tingkat atas khusus untuk kaum wanita. Masjid ini berkapasiti lebih daripada 500 orang pada satu-satu masa. Oleh itu, apabila tiba hari raya puasa atau hari raya korban, masjid ini masih dapat menampung jumlah jemaah yang ramai, malah masih terdapat ruang kosong yang masih boleh digunakan.
Masjid Al-Rahim Titi Tok Bandar ini, merupakan antara masjid baru yang dibina di Perlis. Walaupun ianya masih berstatus baru, namun pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya, aktiviti keagamaan, kerohanian, jasmani, mental, perkembangan ilmu samaada ilmu duniawi atau akhirat dan banyak lagi. Untuk menjayakan lagi aktiviti ini, penceramah jemputan daripada luar turut diundang. Sebagai contoh, bekas mufti Perlis, Dr. Muhd Asri pernah menjadi penceramah di sini. Usaha ini telah menarik minat penduduk setempat dan masyarakat luar untuk berkunjung ke masjid ini.
FUNGSI DAN PERANAN MASJID AL-RAHIM
Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah "Institusi Masjid", maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah .Institusi Masjid haruslah mempunyai peranannya, iaitu:
SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid. Masjid Al-Rahim contohnya, telah menjadi pusat pekembangan agama Islam terutamanya kepada penduduk setempat.

MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM
Sebagai lambang kesyumulan Islam, maka setiap projek bandar baru, kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke tempat itu. Begitu juga bagi masjid ini, dimana masjid ini baru dibina bagi menggantikan masjid lama yang sudah uzur.

PUSAT PERCAMBAHAN ILMU
Institusi Masjid boleh dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah. Sebagai contoh, buku ini telah disumbangkan oleh penduduk setempat. Selain itu, masjid ini juga telah mengajar penduduk setempat khususnya mengenai cara pembacaan Al-Quran dengan betul. Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu selepas solat Maghrib.

PUSAT TAMADUN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagungan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi kemudian. Masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagungan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian Ilmu Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya. Ceramah yang diadakan di masjid ini juga menyentuh mengenai sejarah tokoh-tokoh Islam. Oleh itu, sedikit sebanyak penduduk setempat boleh mengtahui mengenai sejarawan Islam sekaligus dapat menaikkan kembali zaman kegemilangan tamadun Islam.

PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN DAN ILMU PENGETAHUAN
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajamkan akal. Sebagai contoh, pada 2 bulan lepas, masjid ini telah menganjurkan cara pengurusan jenazah yang betul yang turut dibantu oleh Jabatan Agama Islam Perlis. Aktiviti yang dianjurkan ini, telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat dan juga warga luar.

SEBAGAI RUMAH SUCI
Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak. Masjid ini juga telah dijaga dengan rapi supaya rumah Allah ini sentiasa berada dalam keadaan yang mulia.

PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI
Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Di masjid ini, kelas membaca Al-Quran turut diadakan. Kelas ini diajar oleh imam masjid yang diadakan pada setiap hari sabtu selepas solat Maghrib bagi kaum wanita dan pada hari Jumaat pula bagi kanak-kanak. Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.
PUSAT PEMBELAJARAN AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran dan tafsiran .Amalan ini haruslah diteruskan kerana selain membaca ayat suci Al-Quran kita juga boleh memahami setiap ayat yang dibaca. Pentafsiran Al-Quran turut diadakan di masjid ini dan diajar oleh orang yang berpengalaman.

MASJID BERKONSEPKAN TAMAN
Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenuhi dengan kawasan hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum atau selepas sembahyang.Konsep ini telah dilakukan, dimana pengurasan masjid telah menanam pokok bunga dan juga rumput di sekitar masjid. Selain itu, masjid ini juga dikelilingi dengan sawah padi yang menghijau. Oleh itu, masjid ini mempunyai pemandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.
TEMPAT MEMBANTU GOLONGAN YANG TIDAK
BERKEMAMPUAN
SEJARAH MASJID KETIKA ZAMAN RASULULLAH
KEMUDAHAN DAN SENI BINA MASJID AL-RAHIM
BERKEMAMPUAN
Masjid selain menjadi tempat untuk beribadah, ia juga boleh menjadi tempat untuk menolong golongan yang susah. Pengurusan masjid ini telah menubuhkan tabung anak- anak yatim. Sumbangan yang diterima daripada jemaah masjid dan juga pihak luar akan disalurkan terus kepada anak-anak yatim. Kebiasaannya, sumbangan ini akan diberi pada setiap kali bulan Ramadhan.
SEBAGAI TEMPAT MENGERATKAN SILATURRAHIM
Selain menjadi tempat untuk beribadat, msajdid Al-Rahim juga turut dijadikan tempat untuk mengeratkan silaturrahim. Sebagai contoh, apabila masjid ini mengadakan kenduri kepada para jemaah selepas ceramah agama, para jemaah akan bergaul di antara mereka sekaligus dapat mengeratkan ukhwah sesama umat Islam. Begitu juga apabila tibanya hari perayaan, semua sanak saudara dari jauh akan bertemu di masjid selepas solat hari raya, sekaligus dengan sendirinya hubungan silaturrahim antara mereka akan kembali berputik.
SEJARAH MASJID KETIKA ZAMAN RASULULLAH
Sebelum zaman Rasulullah, para nabi hanya mengerjakan ibadat solat di tempat-tempat yang khusus seperti di masjid. Namun pada zaman Nabi Muhammad, baginda melalui wahyu daripada Allah menyatakan bahawa, solat boleh dilakukan di mana sahaja di atas muka bumi ini.
Masjid pertama telah dibina oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu Masjid Quba. Masjid ini terletak di pertengahan jalan antara Makkah - Madinah. Masjid kedua pula adalah Masjid Nabawi. Keunikan masjid ini ialah ia telah dibina di atas sebidang tanah yang dibeli dari Sahl dan Suhail dengan harga 10 dinar sahaja. Saiz masjid ini, berukuran sederhana besar dan berbentuk segi empat dengan sebuah sufah (anjung). Masjid ini juga, menjadi persinggahan para musafir. Para musafir menjadikan sufah sebagai tempat berteduh sementara. Rumah nabi Muhammad dan isteri-isterinya juga telah dibina di sekitar masjid ini. Masjid-masjid lain juga telah dibina pada zaman-Nya.
FUNGSI MASJID KETIKA ZAMAN RASULULLAH SERTA KAITANNYA DENGAN MASJID AL-RAHIM.
MASJID adalah rumah Allah untuk beribadat kerana itu kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.
Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.
Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37)
Dalam ayat berkenaan, tasbih atau zikir bukan hanya bererti mengucapkan subhanallah saja, melainkan lebih luas lagi, sesuai dengan makna yang dicakupi oleh perkataan berkenaan serta konteksnya. Sedangkan erti dan konteks berkenaan dapat disimpulkan sebagai takwa.
Kalau dikaji dari segi bentuk fizikal masjid pada zaman Rasulullah, ternyata sifatnya tidak seperti sifat masjid yang dibina di negeri umat Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid didirikan daripada pelepah tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila sujud debu melekat pada dahi.
Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat sederhana, dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir (Shalaby, Ahmad. Perbandingan Agama Islam hlm: 77)
Ini disusuli pembinaan Masjid Nabawi di Madinah. Jelasnya kedua-dua masjid itu dibina atas dasar ketakwaan sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah: "Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya..."– (Surah Al-Taubah, ayat 108).
Setiap masjid seharusnya memiliki landasan dan fungsi berkenaan. Itulah sebabnya Rasulullah meruntuhkan bangunan kaum munafik yang juga disebut sebagai masjid dan menjadikan lokasi itu tempat membuang sampah-sarap. Ini kerana bangunan itu tidak menjalankan fungsi masjid yang sebenarnya iaitu ketakwaan.
Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat. Oleh itu, masjid Al-Rahim ini, haruslah berfungsi dari segi penggunaannya, supaya penduduk setempat terutamanya dapat merasai kemanisan Iman.

Sifat-sifat umum yang terdapat pada bangunan masjid Al-Rahim ialah terdapat mimbar, ruang solat untuk lelaki (tingkat bawah), ruang solat untuk wanita (tingkat atas), ruang untuk imam memimpin makmun ketika solat yang menghala ke kiblat, ruang ketika berkhutbah dan ruang untuk muazzim melaungkan azan.
Mimbar masjid telah dibina lebih tinggi daripada ruang solat bertujuan untuk para jemaah melihat khatib secara jelas ketika berkhutbah. Minarah atau menara azan dibina bertujuan untuk memudahkan orang ramai mencari lokasi masjid dan juga berfungsi untuk menyeru orang ramai menunaikan solat di masjid sewaktu azan dilaungkan. Ruang solat juga telah dikhususkan mengikut jantina, bagi memudahkan para jemaah menunaikan ibadah. Masjid ini juga boleh menampung lebih daripada 500 jemaah pada satu-satu masa. Oleh sebab itu, apabila tibanya hari raya Haji mahupun Korban, masjid ini masih mampu menampung jumlah jemaah yang besar malah masih ada ruang kosong yang boleh digunakan..
Selain itu, pelbagai kemudahan lain turut disediakan, antaranya ialah ruang untuk berwuduk, tandas, kerusi untuk kegunaan imam, meja untuk kegunaan penceramah jemputan, almari untuk meletakkan nashkah-nashkah Al-Quran serta bacaan lain, dan ruang yang besar untuk meletak kenderaan. Bagi keselesaan para jemaah, pihak masjid telah memasang penghawa dingin serta kipas angin. Pemasangan sistem penghawa dingin ini, telah menambahkan lagi kekusyukan para qariah menunaikan ibadah masing-masing. Bagi urusan pengkebumian pula, jarak antara masjid dengan tanah perkuburan adalah kurang daripada seratus meter. Hal ini dapat memudahkan lagi urusan pengkebumian jenazah.
Seni bina masjid ini berlandaskan seni bina masjid moden Malaysia. Reka bentuk masjidnya juga terkini dan moden. Masjid ini juga dibina agak tinggi bagi mengelakkan air banjir memasuki ruang solat. Ruang mimbar pula dibuat daripada kayu jati dan diukir dengan corak daun. Selain itu, menara masjid turut dibina dengan lebih tinggi daripada masjid bagi memudahkan orang ramai mencari lokasi masjid. Bumbung masjid pula lebih bersifat moden dan berfungsi untuk mengalirkan air hujan serta dapat mengelak bunyi yang bising ketika hujan. Selain itu juga, seni bina masjid ini boleh dikaitkan dengan faktor alam sekitar. Sejak masjid ini selesai dibina, pihak pengurusan masjid telah menanam pokok bunga dan rumput yang menghijau. Disebabkan masjid ini dikelilingi sawah padi, tidak dapat disangkal bahawa masjid ini bersifat alam semulajadi atau “natural”.
Masjid Al-Rahim Titi Tok Bandar
Pandangan masjid dari dekat
Ruang solat utama
Ruang solat
Tabung derma disediakan bagi membantu anak yatim
Papan kenyatan untuk memberi maklumat
Almari disediakan untuk menyimpan telekung/sejadah
Kipas disediakan untuk kelesaan jemaah
Kemudahan air bertapis
Tempat wuduk yang banyak dan bersih
Tempat meletak kenderaan yang luas
Laluan untuk memasuki masjid
Kerusi turut disediakan
Pintu masuk ke masjid
Masjid yang dikelilingi sawah padi
TERDAPAT BEBERAPA AKTIVI YANG DIANJURKAN OLEH OIHAK MASJID BAGI MENARIK PENDUDUK SETEMPAT SUPAYA MENGIMARAHKAN MASJID. ANTARA AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN IALAH :
· Ceramah mingguan pada setiap hari Rabu. Ceramah ini disampaikan oleh penceramah tempatan.
· Kursus pengurusan jenazah 2010, yang turut dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Perlis.
· Ceramah 3 bulan sekali yang dilakukan secara bergilir-gilir mengikut 14 buah masjid.
· Program korban 2010
· Kelas membaca Al-Quran pada hari Sabtu (khas untuk wanita)
· Kelas membaca Al-Quran pada hari Jumaat (khas untuk kanak-kanak)
Jamuan untuk para jemaah selepas mendengar ceramah
Pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bertarawih
Sumbangan wang bantuan kepada anak yatim (setiap hujung tahun)
MASALAH DAN JALAN PENYELESAIANNYA
Sudah menjadi lumrah hidup, setiap yang hidup sudah pasti menpunyai masalah yang tersendiri samaada masalah besar mahupun kecil. Masjid Al-Rahim turut tidak terlepas menghadapi beberapa masalah. Walaubagaimanapun,setiap masalah boleh diselesaikan dengan bantuan akal yang dikurniakan Ilahi. Diharap jalan penyelesaian yang yang diambil dapat mengurangkan masalah, sekaligus melancarkan pentadbiran masjid.
Masalah 1
Pihak pengurusan masjid terpaksa berdepan dengan masalah kecurian. Contohnya, penutup besi longkang dicuri, duit tabung masjid dicuri ketika Solat Jumaat dan para qariah kehilangan barang berharga ketika menunaikan solat Maghrib dan Isyak.
Cara mengatasi
Untuk mengelakkan daripada berlakunya kecurian, pihak pengurusan masjid bolehlah memasang CCTV di kawasan yang sering berlakunya kecurian. Selain itu, untuk masalah kecurian duit tabung masjid pula, pihak masjid perlulah menyedia tabung yang diperbuat daripada logam dan perlulah berkunci bagi membanteras masalah social ini.Bagi para qariah masjid yang menunaikan solat Maghrib dan Isyak pula, mereka digalakkan untuk tidak membawa barang berharga seperti telefon bimbit dan dompet ke masjid. Jika mereka membawanya, barang-barang tersebut hendaklah diletakkan bersebelahan atau dihadapan mereka.
Masalah 2
Para jemaah masjid kadang-kala menghadapi masalah keselesaan akibat sistem penghawa dingin masjid , yang kadang-kala tidak berfungsi. Masalah ini berlaku akibat kotak pendawaian elektrik tidak mampu menjana keperluan elektrik yang besar bagi penghawa dingin.
Cara mengatasi
Masjid Al-Rahim ini, dilengkapi dengan kipas angin dan sistem penghawa dingin. Walaupun masjid ini mempunyai kipas angin , namun para jemaah masih berasa panas terutamanya pada waktu tengah hari. Oleh itu, pihak masjid perlu segera berjumpa dengan TNB bagi menggantikan kotak pendawaian yang mampu menampung arus elektrik yang lebih besar. Untuk menyegerakan lagi masalah ini, pihak masjid bolehlah melaporkan isu ini kepada Jabatan Agama Islam Perlis. Ini penting bagi memastikan para qariah masjid dapat melakukan ibadah dengan selesa dan tenang.
Masalah 3
Para jemaah terpaksa menghadapi gangguan bising daripada kanak-kanak terutamanya ketika solat Jumaat.
Cara mengatasi
Keluarga terutamanya ibu bapa perlulah memainkan tanggungjawab yang utama bagi menghadapi masalah ini. Ibu bapa digalakkan membawa anak-anak masing-masing ke masjid pada usia yang muda namun anak-anak mereka tidak bolehlah mengganggu jemaah lain. Oleh itu, ibu bapa perlu menasihati anak-anak mereka terlebih dahulu sebelum memasuki rumah Allah ini. Jika anak-anak mereka masih berulang-kali melakukan kesalahan yang sama, maka ibu bapa perlulah merotan anak mereka. Hal ini perlu dipandang serius oleh ibu bapa kerana masalah ini membabitkan kekusyukkan para jemaah dalam menunaikan solat kepada Allah.
Masalah 4
Masjid kekurangan bahan bacaan yang berbentuk ilmiah.
Cara mengatasi
Walaupun masjid ini dilengkapi dengan bahan bacaan, namun ia sebenarnya masih tidak mencukupi dan ada bahan bacaan yang sudah luput di telan zaman. Bagi menarik golongan belia ke masjid terutamanya, isu ini perlu dipandang serius. Oleh itu, pihak pentadbiran masjid perlulah membeli lebih banyak bahan bacaan yang berbentuk ilmiah. Bahan bacaan ini perlulah sesuai mengikut peringkat umur dan juga perlu mengikut peredaran masa. Selain itu, qariah masjid juga perlulah memainkan peranan mereka dengan menyumbang bahan bacaan kepada pihak masjid. Jika kegiatan ini berjaya dilaksanakan, nescaya akan terdapat berbagai-bagai judul buku dan sekaligus dapat menarik golongan muda untuk mencintai ilmu.
Masalah 5
Kekurangan jemaah apabila pihak masjid menganjurkan sesuatu aktivi.
Cara mengatasi
Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan masjid di Malaysia kekurangan jemaah terutamanya apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Di masjid Al-Rahim juga tidak terkecuali apabila sesuatu aktivit dijalankan hanya 3-4 ruang saf dapat dipenuhkan. Oleh itu, pihak pentadbiran masjid harus memikirkan satu langkah baru yang lebih berkesan bagi menarik minat masyarakat untuk ke masjid. Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membawa ahli keluarga bagi menghadiri sesuatu majlis yang dianjurkan. Jika ini tidak mampu dilaksanakan, memadailah dengan seorang daripada setiap anggota keluarga menghadiri majlis tersebut. Cara ini juga lebih efektif dan boleh menambah jumlah jemaah.
PENGHARGAAN
Saya Khairi Hanif B. Tabri pelajar UITM kampus Arau bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana diberikan peluang untuk menyiapkan assignment CTU 151 ini. Tajuk kertas kerja ini ialah Masjid Al-Rahim – merentas masa.
Pertama ucapan terima kasih saya kepada pensyarah CTU 151, Ustaz Abdul Aziz B. Harjin yang sentiasa member tunjuk ajar kepada saya.Terima kasih juga diucapkan di atas segala komen dan nasihat yang diberikan sehingga assignment CTU ini berjaya disiapkan.
Kedua saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK masjid, penduduk Kampung Panggau, Penduduk Kampung Titi Tok Bandar, laman web Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), laman web Warta Utara, Pusat pemikiran dan Kefahaman Islam (CTU), dan semua pihak secara langsung atau tidak langsung sepanjang penghasilan projek ini.
Ketiga, tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada keluarga kerana telah memberikan maklumat serta sokongan moral dan doa kepada saya.
Sekian, terima kasih.
PENUTUP
Masjid Al-Rahim, adalah antara salah satu masjid yang baru dibina di negeri Perlis. Oleh itu, penduduk di sekitarnya harus bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Allah S.W.T. Oleh itu, diharap institusi masjid ini dapat menggerakkan kembali jentera masyarakat Islam supaya dapat berdaya saing dan mencapai kejayaan di dunia mahupun akhirat. Institusi masjid bukan hanya untuk beribadah semata-mata, namun skopnya boleh diperluaskan mengikut keadaan semasa. Sebagai contohnya, masjid boleh dijadikan sebagai pusat perniagaan, pusat perkembangan ilmu sains, pusat ekonomi, pusat riadah, pusat kebajikan, pusat menuntut ilmu pengetahuan, pusat sosial, pusat perkembangan teknologi maklumat (ICT) dan banyak lagi.
Untuk merialisasikan impian ini, semua pihak perlulah memainkan peranan mereka. Pihak jabatan agama Islam negeri, perlu memainkan peranan secara berterusan dan bukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Pihak pentadbiran masjid seperti Imam, Bilal, Tok Siak, AJK masjid dan sebagainya perlulah mengadakan pelbagai aktivi yang boleh menarik minat golongan belia terutamanya untuk mengunjungi masjid. Selain itu, masyarakat sekitar pula perlu peka terhadap aktiviti yang dianjurkan masjid. Aktiviti yang dianjurkan mestilah disertai oleh masyarakat. Jika tidak mampu menyertainya, setiap keluarga melalui seorang anggota boleh mewakili keluarganya menyertai aktiviti yang dianjurkan masjid.
Oleh itu, diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam mengembalikan zaman keagungan Islam. Jika ini semua dapat dilakukan, nescaya agama Islam akan kembali dihormati dan digeruni oleh golongan kafir. Semoga semua umat Islam di Malaysia berada dalam keadaan yang beriman dan Berjaya dunia serta akhirat. Wassalam...
RUJUKAN
§ Laman web Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)
§ Laman web Jabatan Agama Islam Perlis
§ Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Rahim
§ Penduduk Kampung Panggau, Kampung Titi Tok Bandar
§ Google Maps
§ Laman web MAIPS
§ Website Warta Utara
§ Ustaz Abdul Aziz
§ Ahli Keluarga
Subscribe to:
Posts (Atom)